CBWP2203 Tugasan : Sep 2024 – Pengaturcaraan Web, OUM, Malaysia

University Open University Malaysia (OUM)
Subject CBWP2203 Web Programming

PURPOSE

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai keupayaan pelajar dalam membangunkan laman web, menunjukkan kebolehan mereka dalam reka bentuk web dan pelaksanaan pelbagai bahasa skrip.

SOALAN 1

Dalam era digital masa kini, portal akademik berfungsi sebagai platform penting untuk institusi pendidikan mempersembahkan penawaran akademik mereka dan berhubung dengan pelajar, fakulti, dan pihak berkepentingan yang berpotensi. Ia bertindak sebagai platform digital yang menyediakan maklumat penting tentang misi, program, fakulti, dan pencapaian institusi.

Anda telah dilantik sebagai perunding untuk membangunkan portal akademik bagi sebuah universiti yang terkenal dengan pelbagai program akademik dan sumbangan penyelidikannya. Objektif laman web ini adalah untuk mewujudkan kehadiran dalam talian yang menonjolkan penawaran universiti, melibatkan pelajar dan fakulti yang berpotensi, serta menyediakan maklumat yang komprehensif. Anda perlu membangunkan tapak web dengan spesifikasi minimum berikut:

Sebuah laman utama dengan tajuk yang sesuai

  • Hasilkan halaman utama dengan tajuk yang menarik yang menyerlahkan intipati profil universiti tersebut

LIMA laman tambahan dengan tajuk dan maklumat yang berbeza seperti berikut:

  • Tentang Kami
  • Mempersembahkan gambaran keseluruhan yang mendalam tentang universiti, termasuk misi, nilai, pasukan kepimpinan, dan inisiatif kemasyarakatan
  • Anda juga boleh memasukkan pautan ke blog universiti, profil media sosial, dan platform berkaitan yang lain

Program Akademik

  • Menyediakan maklumat terperinci tentang pelbagai program sarjana muda, pascasiswazah, dan profesional yang ditawarkan oleh universiti
  • Menonjolkan peristiwa dan pencapaian penting termasuk sebarang perkongsian, gabungan atau anugerah khas

Penyelidikan dan Inovasi

  • Perincikan pusat penyelidikan, projek, dan inovasi universiti
  • Menonjolkan kepelbagaian kepakaran fakulti, deskripsi projek penyelidikan utama, dan kesannya terhadap masyarakat
  • Pamerkan kisah kejayaan dan kajian kes untuk menunjukkan rekod universiti dalam penyelidikan yang inovatif

Sumber Pelajar

  • Menawarkan sumber untuk pelajar bagi meningkatkan pengalaman akademik dan kokurikulum mereka, seperti soalan lazim (FAQ), artikel berguna, penasihatan akademik, dan testimoni pelajar

Perkhidmatan Kerjaya

  • Nyatakan sokongan penempatan pekerjaan, latihan industri, dan peluang pertumbuhan kerjaya yang disediakan oleh universiti
  • Sertakan maklumat tentang cara mengakses perkhidmatan kerjaya dan apa yang diharapkan semasa proses pencarian pekerjaan
  • Tapak web tersebut perlu juga mempunyai SATU Laman Pelawat yang menyediakan borang pertanyaan untuk pelawat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarikat tersebut. Laman ini akan dihubungkan dengan Borang Pelawat dalam TUGAS 2
  • Struktur laman web MESTI dibangun menggunakan HTML dan XHTML dengan elemen-elemen dan atribut-atribut yang sesuai
  • Anda perlu menggunakan reka bentuk yang sesuai bagi tajuk, perenggan, imej atau video, dan pautan antara laman yang berbeza

Laman web yang dibangunkan sekurang-kurangnya MESTI mempunyai komponen-komponen berikut:

  • tajuk dan perenggan
  • pautan dan navigasi
  • imej dan objek
  • jadual
  • borang

TUGAS 2

Gunakan HTML dan JavaScript untuk mencipta borang pertanyaan dalam talian bagi membenarkan pengunjung mengemukakan soalan atau permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai universiti tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (Contoh borang). Apabila pengunjung klik butang “Submit”, output akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 (Contoh data yang dipaparkan).

Pengunjung perlu mengisi setiap medan yang diperlukan dalam borang pertanyaan tersebut. Sekiranya borang tersebut tidak menerima sebarang input, anda perlu menggunakan tetingkap timbul ‘alert’ untuk meminta pengguna memasukkan nilai tersebut (rujuk kepada contoh dalam Rajah 3).

内容查看
查看价格100.1 马来币MYR(143 元)
点点赞赏,手留余香 给TA打赏

评论0

请先
  • w*****g 下载了资源 2026年秋江苏开放大学建筑力学050292综合大作业
  • u******* 登录了本站
  • u******* 下载了资源 2026年春江苏开放大学冲突管理060202第二次形考作业答案
  • a******* 登录了本站
  • u******* 登录了本站
  • u******* 登录了本站
  • u******* 下载了资源 2026年春江苏开放大学大学英语(B)(2)060052过程性考核作业3满分答案
  • u******* 下载了资源 2026年春江苏开放大学大学英语(B)(1)060051过程性考核作业2答案
  • 游客 下载了资源 2009年云南公务员考试《行测》卷答案及解析
  • 游客 下载了资源 2003年国家公务员考试《行测》真题B卷答案及解析
  • 游客 下载了资源 2013年浙江公务员考试《申论》真题(B卷)及参考答案 
  • 游客 下载了资源 2006年浙江公务员考试《申论》真题及参考答案
  • 游客 下载了资源 2013年浙江公务员考试《申论》真题(A卷)及参考答案 
  • u******* 登录了本站
  • u******* 签到打卡,获得1元奖励
  • u******* 登录了本站
点击浏览器地址栏的⭐图标收藏本页
需要托管,代写作业(含实训)可以扫码加微信
显示验证码

社交账号快速登录

微信扫一扫关注
如已关注,请回复“登录”二字获取验证码