MPU3192: Pilih mana-mana tokoh yang disenaraikan diatas (boleh memilih lebih daripada seorang tokoh): Falsafah Dan Isu Semasa 2, Assignment, OUM, Malaysia

University Open University Malaysia (OUM)
Subject MPU3192: Falsafah Dan Isu Semasa 2

KEPERLUAN

Tugasan 1

Soalan berdasarkan maklumat di bawah.

Berdasarkan nama-nama tokoh di atas, jawab soalan berikut:

a. Pilih mana-mana tokoh yang disenaraikan diatas (boleh memilih lebih daripada seorang tokoh), Jelaskan bagaimanakah pemikiran falsafah tokoh tersebut mempengaruhi anda dalam usaha membentuk diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani? Kaitkan falsafah tokoh tersebut dengan pengalaman anda dalam menangani cabaran kehidupan kini.

b. Apakah kata-kata atau petikan (quote) falsafah daripada tokoh di atas yang memberi kesan kepada falsafah hidup anda kini? Jelaskan sebab-sebab anda memilih kata-kata atau petikan (quote) tersebut.

c. Andaikan anda diberi peluang untuk bertemu dengan mana-mana SATU tokoh di atas, siapakah yang akan anda pilih? Jelaskan sebab-sebab anda ingin bertemu dengannya dan kongsikan 2 perkara utama yang ingin anda sampaikan atau tanyakan kepada beliau sebagai panduan dan pedoman hidup anda dalam menelusuri kehidupan ini sebagai pelajar dan pekerja.

d. Bayangkan anda menulis** kapsul masa (time capsule) untuk 20 tahun akan datang dan kemudian kapsul masa tersebut dijumpai oleh ahli falsafah pada masa tersebut. Apakah nasihat atau pandangan yang akan anda kongsikan untuk membantu / membimbing perjalanan falsafah mereka?

Anda boleh berpandukan soalan-soalan di bawah untuk memberikan pandangan atau nasihat untuk kapsul masa tersebut:

i. Apakah tujuan falsafah yang sebenar dan bagaimanakah falsafah mempengaruhi cara masyarakat berfikir dan bertindak?

ii. Bagaimanakah kemajuan teknologi ketika itu? Perlukah berlandaskan falsafah tentang etika, moral, dan nilai kemanusiaan? Apakah implikasi dan cabarannya jika tidak berlandaskan falsafah yang betul?

iii. Apakah isu, cabaran atau persoalan falsafah yang berkaitan dengan agama yang kritikal dan perlu diberi perhatian?

iv. Bagaimanakah sumber ilmu yang menjadi rujukan utama ketika itu? Adakah masyarakat merujuk sumber yang tepat dan betul?

v. Adakah akan muncul lagi bentuk ideologi baharu yang diterima oleh masyarakat? Sejauh manakah ideologi itu benar atau tidak?

Tugasan 2

Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan Teknik; Kelebihan (Plus), Kelemahan (Minus) dan Menarik (Interesting). Maklumat adalah seperti di bawah;

IMG_256

TUGASAN 3: PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam perbincangan dalam talian.

Rujuk soalan-soalan yang dimuat naik dalam e-Lesson Week 1 di myINSPIRE.

** Tugasan 3, tidak termasuk dalam jumlah patah perkataan tugasan.

TUGASAN 4: AKTIVITI ONLINE (10 markah)

Peringatan Penting:

Terdapat AKTIVITI DALAM TALIAN yang perlu dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti kursus ini bagi semester Mei 2024 yang mengandungi 10 markah. Aktiviti dalam talian ini boleh didapati pada e-Pelajaran Minggu 5 hingga e-Pelajaran Minggu 10 dalam myINSPIRE.

Sila rujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.

 

内容查看
查看价格100.1 马来币MYR(143 元)
点点赞赏,手留余香 给TA打赏

评论0

请先
  • 游客 下载了资源 爱普生Epson WF-7525 驱动
  • 游客 下载了资源 佳能Canon PIXMA MP497 打印机驱动
  • 游客 下载了资源 2017年上半年教师资格证考试《初中化学》题解析
  • 游客 下载了资源 2019年上半年教师资格证考试《初中地理》(解析)
  • 游客 下载了资源 2021年下半年教师资格证考试《初中地理》题 (解析)
  • 游客 下载了资源 2012年下半年教师资格证考试《综合素质》(中学)真题(解析)
  • 游客 下载了资源 2021年上半年教师资格证考试《综合素质》(中学)真题(解析)
  • 游客 下载了资源 2009年广东公务员考试《申论》真题卷及答案
  • 游客 下载了资源 2017年422公务员联考《行测》真题(广西卷)答案及解析
  • 游客 下载了资源 爱普生Epson Stylus Pro 9910 驱动
  • 游客 下载了资源 2023年上半年教师资格证考试《初中英语》解析
  • 游客 下载了资源 2004年广东公务员考试《申论》真题及参考答案(下半年)
  • 游客 下载了资源 2008年广东公务员考试《申论》真题卷及答案
  • 游客 下载了资源 2015年公务员录用考试《行测》甘肃真题答案及解析
  • 游客 下载了资源 2019年重庆法检系统、甘肃公务员考试《行测》真题答案及解析
  • 游客 下载了资源 2009年广东公务员考试《申论》真题卷及答案
点击浏览器地址栏的⭐图标收藏本页
需要托管,代写作业,论文扫码加微信
显示验证码

社交账号快速登录

微信扫一扫关注
扫码关注后会自动登录