• 游客 下载了资源 LED 灯月亮灯 001 [高分辨率] 3d打印图纸stl文件
  • 游客 下载了资源 LED 灯月亮灯 001 [高分辨率] 3d打印图纸stl文件
  • u******* 下载了资源 2025年春江苏开放大学建筑施工与组织060063第3次计分实践综合大作业:施工组织设计(专项工程为施工方案)模拟编制
  • u******* 购买了资源 2025年春江苏开放大学建筑施工与组织060063第3次计分实践综合大作业:施工组织设计(专项工程为施工方案)模拟编制
  • u******* 下载了资源 2023年秋江苏开放大学中国政府与政治实践作业:人大代表的一份议案
  • u******* 购买了资源 2023年秋江苏开放大学中国政府与政治实践作业:人大代表的一份议案
  • u******* 下载了资源 2023年秋江苏开放大学机械制图第四次综合大作业
  • u******* 购买了资源 2023年秋江苏开放大学机械制图第四次综合大作业
  • u******* 加入了本站
  • u******* 下载了资源 2025年春江苏开放大学机械设计基础050085第4次大作业

ASSIGNMENT SUBMISSION TASK 1 & 2 MPU2223

OUM Assignment Helper/马来西亚开放大学课程作业代写OUM Assignment Helper/马来西亚开放大学课程作业代写
2025-04-17

MPU2223/3223/OUMM2103

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

SEMESTER 2 / TAHUN 2020

MPU2223/3223/OUMM2103

ENTREPRENEURSHIP (TASK 1)

NO. MATRIKULASI : 900701145610001
NO. KAD PENGNEALAN : 900701145610
NO. TELEFON : 0132771330
E-MEL : adila.oum&yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

ARAHAN

. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.

. Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.

. Taipkanjawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.

. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka suratAPENDIKS.

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGENALAN

Syaza Travel & Tours merupakan salah satu syarikat yang berpengalaman dalam bidang perkhidmatan

Pelancongan dan Umrah di Malaysia. Portfolio aktiviti syarikat ini terdiri daripada pelbagai perkhidmatan seperti yang berikut: –

1.Umrah & Ziarah

2.Tempahan hotel

3.Perkhidmatan tiket penerbangan

4.Susunan pengangkutan dan perkhidmatan sewa kereta

5.Pakej pelancongan antarabangsa serta bagi perjalanan domestik

6.Kumpulan perjalanan intensif & korporat

7.Agensi pelancongan ini juga menyediakan perjalanan bulan madu, percutian, pelancongan, perniagaan, pelancongan pengembaraan, dan banyak lagi.

1.1 Profil Syarikat

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan travel agensi di malaysia yang beroperasi di Taman Kosas,

Ampang , Selangor dan juga pejabat cawangan di Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini merupakan salah satu

travel agensi umrah terbaik yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai lesen pelancongan dalam negeri (inbound) , pelancongan luar Negara (outbound) dan ticketing. Syarikat ini juga

berdaftar dengan IATA, MATTA, BUMITRA dan MOF sebagai travel agensi di malaysia yang boleh

menawarkan pakej umrah Malaysia, percutian luar negara dan dalam negara serta penjualan tiket kapal terbang.

Syarikat ini adalah travel agensi di malaysia yang mempunyai sijil akreditasi ISO 9001 : 2008

 

yang

meletakkan kami sebagai travel agensi umrah terbaik yang menawarkan pakej umrah malaysia yang bermutu serta pakej umrah murah dan vip. Kami juga telah diiktiraf sebagai penerima anugerah “Outstanding Umrah

oleh Al Haramain Academy, sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat.

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd juga yang disokong oleh muassasah terbaik di Arab Saudi iaitu serta dibarisi oleh kakitangan yang cekap dan

berpengalaman di Malaysia dan Arab Saudi.

Sejajar dengan iltizam menjadi travel agensi umrah terbaik, kami menawarkan pakej umrah ziarah, Pakej upah haji, pakej umrah murah atau vip, lawatan keserata dunia termasuk pakej-pakej dalam negara.

Misi Syarikat ini ialah menjadi pakar pengendali pakej pelancongan / umrah yang menjadi pilihan utama di pasaran dan memastikan pilihan tersebut berdasarkan kualiti perkhidmatan kami, standard perkhidmatan kami, keupayaan kakitangan dan perniagaan kami dan kepimpinan yang berpandukan etika syarikat.

2.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro

2.1 Politik dan Perundangan

i- Syaza Travel & Tours Sdn Bhd yang disokong oleh muassasah terbaik di Arab Saudi iaitu serta dibarisi oleh kakitangan yang cekap dan berpengalaman di Malaysia dan Arab Saudi. Servis ini adalah amat bersesuaian dengan negara kita yang mempunyai penduduk

Islam yang sangat tinggi populasinya

ii- Agensi ini juga adalah travel agensi di malaysia yang mempunyai sijil akreditasi yang

meletakkan mereka sebagai travel agensi umrah terbaik yang menawarkan pakej umrah malaysia yang bermutu serta pakej umrah murah dan vip.

2.2 Ekonomi

i-Agensi ini juga menyediakan tempahan tiket penerbangan dan juga Hotel penginapan serta pakej pelancongan “Customise” juga ditawarkan kepada pelanggan yang mempunyai pilihan khusus. Dalam mempromosikan

pengalaman melancong yang meningkatkan gaya hidup moden, penekanan kurang diberikan ke atas rangkaian

produk dan tawaran diskaun. Walau bagaimanapun, tawaran bernilai dan promosi yang menarik untuk pelbagai tempat penginapan termasuk pakej-pakej percutian terus digalakkan untuk menarik pelanggan amnya. Strategi lain yang dilaksanakan adalah melancarkan kempen taktikal bagi menggantikan kempen generik. Kempen

taktikal telah pun dimulakan bagi mencapai sasaran pasaran tertentu iaitu Indonesia, Vietnam, Brunei,

Singapura, Thailand, China, Hong Kong, dan Australia dan New Zealand. Pejabat-pejabat Tourism Malaysia di

negara-negara tersebut telah digerakkan untuk membangunkan pakej penginapan yang lebih khusus untuk pasaran tersebut dengan kerjasama agensi pelancongan konvensional dan dalam talian, serta syarikat

penerbangan.

ii-Syarikat ini juga sentiasa mempromosikan Tiket Smart Combo untuk membantu para pelanggan menempah penerbangan premium dengan diskaun sehingga 40%. Terbang bersama Air France, Cathay Pacific, Etihad, Garuda Indonesia, KLM, Lufthansa, dan Singapore Airlines pada harga yang lebih berpatutan. Hanya pilih

penerbangan bertanda Smart Combo yang bersesuaian dengan perancangan perjalanan para pelanggan.

2.3 Teknologi

i- 89% Syarikat ini memperolehi pelanggan melalui laman web dan selebihnya melalui walk in pelanggan atau “road show event”. Lain kata ialah kesan ‘billboard’ dapat meraih keuntungan yang lebih besar. Oleh itu, banyak syarikat ini mempunyai laman media sosial sendiri seperti Facebook, Instagram dan Twitter dan lain-lain lagi. Ini berlaku adalah kerana pada zaman sekarang semuanya dapat ditempah melalui hujung jari anda sahaja.

ii-Mempunyai laman web yang smartphone-mesra (Mobile Friendly)

Ima

ge

mengatakan yang beberapa tahun yang lepas, kadar penukaran telah bertambah lebih daripada 80 peratus dari laman pelancongan atas bimbit. Hal ini telah menunjukkan bahawa makin hari makin banyak orang yang akan membuat tempahan menerusi telefon bimbit.

Hal ini dapat dilihat daripada sejak bulan Oktober 2016.

Dengan kata lain, terdapat jumlah 1.49 juta telefon bimbit dijual dalam tahun 2016. Selain itu, data telefon juga lebih murah dan banyak digunakan oleh orang ramai , malah juga termasuk pengguna yang tinggal di negara yang sedang membangun.

Oleh itu,syarikat ini tidak mahu ketinggalan juga dengan menggunakan teknologi ini,mereka juga telah

mencipta satu aplikasi seperti ini untuk para pelanggan agar dapat memudahkan mereka untuk memilih atau

menempah percutian mereka dengan syarikat ini.

2.4 Sosio Budaya

i-Berbekalkan kepercayaan syarikat bahawa sesuatu perubahan boleh dilakukan, dengan input teknologi canggih dan kemajuan terkini yang digabung dengan alam semulajadi, dan juga daya usaha komuniti tempatan, ia akan menjadi pengorak langkah ke arah perubahan yang positif dan lebih moden bagi negara-negara sedang

membangun dan kurang maju. Sebagai kesannya, komoditi pelancongan yang dihasilkan akan menggambarkan keunikan masyarakat yang terlibat (Turner dan Ash dalam Urry 1990:7).Asas syarikat ini adalah merealisasikan impian percutian setiap pelanggan dengan memberi penerangan atau beberapa nasihat terhadap keinginan

mereka untuk bercuti.Contohnya,mereka ingin bercuti ke tempat peranginan yang mempunyai aktiviti perairan , ejen syarikat ini akan memberi beberapa pilihan atau nasihat untuk mereka memilih destinasi yang tepat

mengikut cita rasa mereka.

ii-Syarikat ini juga telah dianugerahkan sebagai travel agensi umrah terbaik yang menawarkan pakej umrah

malaysia yang bermutu serta pakej umrah murah dan vip. Syarikat ini juga telah diiktiraf sebagai penerima

anugerah  oleh Al Haramain Academy, sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat. Mereka mempunyai pakar untuk mengendalikan para Jemaah dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

3.0 Pengenalpastian & Perbincangan Tentang Elemen-elemen Persekitaran Makro Dalam Organisasi

3.1 Politik dan Perundangan

Namun kesan terhadap wabak pandemic Covid-19 ini telah menggagalkan syarikat ini untuk memberi

perkhidmatan yang terbaik ini kerana Kerajaan Arab Saudi meminta umat Islam supaya menangguhkan

sebarang persiapan untuk menunaikan haji dan umrah sehingga perkembangan lebih jelas berkaitan penularan wabak Covid-19.Menteri Haji dan Umrahnya, Mohammed Saleh Benten berkata kepada stesen televisyen Al- Ekhbariya, bagaimanapun Arab Saudi dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi

kesihatan umat Islam serta rakyat.

Walaubagaimanapun syarikat ini telah akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam menangguhkan rancangan untuk mengerjakan umrah sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal. Syarikat ini juga menyahut seruan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary untuk

membatalkan segala proses para pelanggan yang telah berhasrat untuk ke Umrah supaya wabak ini tidak tular dan merebak.Bagaimanapun, pihak agensi sangat terkesan dan hanya mampu akur terhadap perintah kerajaan demi menjaga keselamatan negara daripada diserang wabak ini.

Syarikat ini amat terkesan mereka telah

mengambil langkah jangka pendek, syarikat ini sudah membuat perundingan dengan ahli jemaah supaya meminda tarikh lain bersesuaian tanpa membabitkan pertambahan kos menunaikan umrah.

3.2 Ekonomi

i-Namun semenjak penyebaran COvid-19 ini dengan pembatalan tempahan yang terpaksa dibuat oleh para

pelanggan, menyumbang kepada kerencatan ekonomi dalam sektor perkhidmatan. Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion akibat penularan coronavirus (COVID-19).

Syarikat ini mengalami kerugian yang nyata atas susulan pakej-pakej yang dibatalkan ini dan sekaligus turut

menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat ini. Mengikut Jabatan Statistik Malaysia (Department of

Statistics Malaysia, DOSM), Malaysia mencatatkan tahun ini akibat dari wabak COVID-19.DOSM menjelaskan bahawa pengangguran pada bulan Mac mencatatkan

kenaikan sebanyak 17.1 peratus sejak tahun lepas dan kini mencecah 610 000 orang. Pada Mac tahun lepas pula, kita hanya mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.9 peratus.

ii- Setakat ini, hampir 75 peratus pelanggannya telah membatalkan perjalanan untuk Februari dan Mac ke

negara-negara Asia Tenggara, yang dianggap masih berisiko rendah iaitu pada tahap satu, oleh Pusat Kawalan

dan Pencegahan Penyakit AS.Mereka bimbang untuk berada di mana-mana tempat yang dekat dengan wabak itu.Semua tempahan bulan madu yang ditempah agensinya di rantau berkenaan dibatalkan dan ditukar ke

destinasi lain termasuk Maldives, Afrika Selatan dan Australia.

COVID-19 menjejaskan “kesihatan” ekonomi negara Syarikat ini juga terkesan, kerugiaan banyak yang dialami oleh syarikat ini membuatkan banyak kos yang telah terbeban,kekurangan rizab tunai telah membuatkan

syarikat mengambil keputusan untuk membuang beberapa pekerja,menangguhkan pembayaran sekaligus Syarikat ini telah meminta bahagian kewangan mereka untuk mengkaji semula

3.3 Teknologi

i-Berikutan dengan wabak ini dapat dilihat laman web atau segala info melalui talian online untuk

mempromosikan syarikat pelancongan ini sangat sedikit pengunjungnya.Hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) perlu diubah, bagi diselarikan dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan

COVID-19.Syarikat ini perlu mencari idea untuk mengekalkan atau menarik minat pelanggan untuk menggunakan khidmat syarikat mereka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penularan COVID-19 yang

memberi kesan kepada negara serta industri pelancongan antarabangsa, memerlukan satu inisiatif dan strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.

ii-Dalam kesulitan yang hampir dihadapi oleh seluruh negara ini,masih ada ramai yang mengambil peluang

untuk melakukan penipuan salah satunya ialah “scammer”. Mengambil kesempatan dalam kesulitan adalah ayat yang sesuai untuk dituju pada “scammer” ini.Pelbagai taktik telah dilaporkan setiap hari dengan pelbagai

penipuan dilaporkan dan diterima oleh mana-mana balai polis. Syarikat ini berisiko untuk dijadikan bahan

“scammer” kerana kebanyakan pelanggan mereka menggunakan khidmat online untuk berurusan dalam system penempahan.Syarikat ini telah memberi nasihat kepada pelanggan agar lebih berhati-hati untuk apabila

menerima panggilan yang tidak dikenali contohnya “private number” dan jangan membuat sebarang

pembayaran terhadap akaun yang bukan ada kena mengena dengan Syarikat tersebut.Para pelanggan

dinasihatrkan untuk merujuk Syarikat terdahulu sebelum membuat apa-apa pembayaran yang diminta oleh “scammer”.

3.4 Sosio Budaya

Pematuhan pada SOP(Prosedur Operasi Standard) ini juga telah mula dilaksanakan oleh syarikat ini kerana

mereka ingin sama-sama membantu kerajaan untuk menangani wabak ini , telah ternyata setelah wabak ini

tersebar mereka adalah syarikat yang tersenarai dan terkesan dari pelbagai permasalahan ekonomi.Tindakan

mereka yang telah menyediakan satu SOP untuk rujukan para pelanggan adalah sangat wajar agar para

pelanggan dapat merasa yakin terhadap syarikat ini dan berasa selamat ketika Syarikat ini mengendalikan

percutian mereka.Segala protokol yang dikeluarkan oleh kerajaan telah pun dipamerkan di laman web dan juga dipremis mereka.

Berikut adalah beberapa protokol yang telah dilaksanakan oleh Syarikat ini

• Pengunjung yang bercadang untuk ke premis dan fasiliti awam bagi sebarang tujuan penyelidikan, kaunter perkhidmatan dan lain-lain adalah digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak Syarikat

• Bagi pengunjung yang datang secara walk in perlu berada ditempat yang dikhaskan dengan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter dan sentiasa mematuhi arahan petugas bagi melancarkan proses kemasukkan ke premis

• Ruangan atau seksyen interaktif yang terdapat di dalam ruang pameran tidak dibenarkan untuk digunakan kepada pengunjung.

• Bilangan staf yang mencukupi dalam ruang pameran perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan dan perlakuan pengunjung.

Justeru, syarikat ini berharap budaya normal baharu ini dapat diterima dan dapat diamalkan secara konnsisten oleh para pelanggan demi kebaikan bersama.

4.0 Penambahbaikan

1. Membantu menyalurkan maklumat tepat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan perniagaan mereka. Contohnya semasa tempoh PKP, pengeluaran tiket penerbangan dan penginapan bukan sahaja perlu dipromosikan malah tiada manipulasi harga berlaku di pasaran. Untuk memastikan perkara ini

terjamin, syarikat-syarikat atau pertubuhan perniagaan perlu melaporkan data-data dan permasalahan yang tepat supaya tindakan segera boleh diambil.

2. Hindarkan mengambil kesempatan perniagaan ke atas kelemahan sistem perlaksanaan pakej

4.

rangsangan. Dana bantuan kerajaan adalah terhad. Jika syarikat-syarikat masih boleh bertahan dan mempunyai aliran tunai yang kukuh, maka berilah peluang kepada syarikat-syarikat lain yang lebih memerlukan.

3. Menyusun semula strategi perniagaan. Syarikat-syarikat perlu mengambil peluang untuk menilai dan menyusun semula strategi pemasaran mereka. Contohnya, pemasaran perniagaan mereka yang

berasaskan ejen jualan dijangka akan terjejas di dalam tempoh PKP. Dalam situasi krisis ini, kaedah pemasaran “online” iaitu pemasaran di laman sesawang dan seangkatannya mungkin lebih menjamin kelangsungan perniagaan.

Penilaian kepada sistem pekerjaan yang lebih bersifat fleksible. Di negara-negara maju, amalan sistem pekerjaan yang fleksible telah dilaksanakan. Contohnya, pekerja boleh bekerja beberapa jam sehari,

beberapa hari seminggu dan amalan bekerja daripada rumah. Semasa krisis Covid-19 dan tempoh PKP adalah masa terbaik untuk sektor perniagaan menilai sejauh mana sistem pekerjaan fleksible ini boleh membantu mengurangkan kos dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keuntungan.

5. Mengoptimumkan kelebihan teknologi digital. Dalam tempoh PKP dan krisis Covid-19, Syarikat ini boleh mengoptimumkan teknologi digital di dalam mempelbagai sumber pendapatan. Krisis ini memberi pengajaran bahawa kebergantungan kepada mempromosikan sesuatu pakej itu dengan cara walk in atau bersemuka perlu ditukar dengan memperbanyakkan promosi melalui teknologi digital.

6. Memberi perasaan yang tidak memandang rendah terhadap laman web syarikat.Laman web hotel

dengan reka bentuk yang baik, pengguna-mesra dan butang arahan seperti Book Now dan Gallery akan memberi tanggapan yang baik kepada para pelancong apabila mereka melawat laman web syarikat

7. Berintegrasi dengan saluran sosial seperti mempunyai sistem

hotel anda untuk mempercepatkan proses penempahan.

8. Mengguna email newsletter untuk menjalankan promosi yang hanya didapati di laman web hotel anda.

Pengajian telah menunjukkan bahawa promosi melalui email dua ganda lebih berkesan.

5.0 Ringkasan

Tugasan Projek Kertas 1 ini saya telah memilih agensi pelancongan Syaza Travel.Saya telah

menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh masa satu bulan. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya

telah menguasai kemahiran seperti mengorganisasi,menganalisis, mentaksir dan mengaplikasi serta mencatat

beberapa punca dan risiko permasalahan setiap permasalahan yang dihadapi oleh seorang usahawan untuk mengurus perniagaan ketika menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.Saya mendapati terdapat 5 elemen persekitaran makro yang memberi kesan ke atas syarikat tersebut iaitu dari segi

politik,perundangan,ekonomi,sosiobudaya dan teknologi dan saya juga telah berjaya menyatakan beberapa

penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat ini.Cadangan yang saya nyatakan pasti dapat difahami dan dihayati dengan penuh isi-isi yang disertakan dengan penjelasan yang padu.Proses untuk penambahbaikan adalah perlu dilaksanakan secepat mungkin agar syarikat ini dapat memulihkan sistem perniagaan mereka

terutama di bahagian kewangan.

Sewaktu saya melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan pada waktu norma baharu ini sekaligus saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan telah mendalami halangan yang bakal berlaku pada sesebuah syarikat terutama nya syarikat pelancongan apabila menghadapi krisis Covid-19 ini. Ia secara tak langsung telah memberi saya

pengalaman dan juga pengajaran bahawa perlunya ada perancangan atau pengurusan yang baik jika ingin

mempunyai sebuah syarikat. Kerana jika tersalah bertindak syarikat itu bakal muflis kerana tiada pengurusan yang baik dalam syarikat.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada tenaga pengajar yang telah membantu saya dengan menjelaskan tentang Topik 4 iaitu “Ventures Environment Assesment” berkenaan “Macro Environment”.

6.0 Rujukan

According to new research … (Caldwell, 1983, p. 371; Davy, 2004, p. 232; Micro and Macro Environment Factors, 2020; Understanding Of Micro And Macro Factors That Affect Your Business, 2020).

“Students become better at citing” (Caldwell, 1983, p. 371; Davy, 2004, p. 232; Micro and Macro Environment Factors, 2020; Understanding Of Micro And Macro Factors That Affect Your Business, 2020).

Understanding Of Micro And Macro Factors That Affect Your Business. (2020, August 1). Mageplaza.

business.html

Caldwell, S. B. (1983). Modeling demographic-economic interactions: Micro, macro and

linked micro/macro strategies. Socio-Economic Planning Sciences, 17(5–6), 365–372.

 

Davy, C. W. (2004). Legislation with respect to dioxins in the workplace. Environment International, 30(2), 219–233.

Micro and Macro Environment Factors. (2020, February 6). Oxford College of Marketing

Blog.

Understanding Of Micro And Macro Factors That Affect Your Business. (2020, August 1).

Mageplaza.

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

SEMESTER 2 / TAHUN 2020

MPU2223/3223/OUMM2103

ENTREPRENEURSHIP(TASK 2)

NO. MATRIKULASI : 900701145610001
NO. KAD PENGNEALAN : 900701145610
NO. TELEFON : 0132771330
E-MEL : adila.oum&yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

ARAHAN

. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.

. Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.

. Taipkanjawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.

. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka suratAPENDIKS.

Tugasan 2

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

1.Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk meneroka bidang

keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan perniagaan dan kini saya telah mampu membezakan antara peniaga dan usahawan. Kursus ini menambah kemahiran saya untuk

mengharungi pembelajaran melalui kaedah membaca modul, forum, menonton video dan menjawab soalan. Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan

pembelajaran di OUM secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artikel berkaitan

keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya juga semakin selesa

mengikuti forum, tugasan, soalan, kuiz di laman sesawang myINSPIRE kerana telah hampir setahun menggunakannya. Saya, pelajar lain dan tutor dapat berhubung dan berbincang

walaupun tidak bersua muka. Kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan terus mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang mendalam. Saya telah membantu seorang rakan untuk menyediakan rancangan perniagaan kerana beliau tidak mengetahui format untuk menyediakannya. Saya akan

gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Saya mencadangkan agar pihak OUM berkerjasama dengan SSM, MARA, Kerajaan dan yang berkaitan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkiatan

keusahawanan melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang ditawarkan khas

kepada usahawan. Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu kerja kursus untuk pelajar-

pelajar membuat perancangan perniagaan dan tugasan mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM sebagai salah satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar merasai pengalaman sebenar sebagai peniaga seterusnya usahawan pada peringkat awal lagi.

 

资源下载
下载价格1.4 马来币MYR(2 元)
点点赞赏,手留余香 给TA打赏

评论0

请先
支持多种货币
支持多种货币付款,满足您的付款需求
7天无忧退换
安心无忧购物,售后有保障
专业客服服务
百名资深客服7*24h在线服务
发货超时赔付
交易成功极速发货,专业水准保证时效性

站点公告

开放大学课程作业辅导,有需要扫码加微信

显示验证码

社交账号快速登录

微信扫一扫关注
扫码关注后会自动登录